Wednesday, October 13, 2010

Pengumuman buat Si Pencinta Ilmu

Pendosa mencari ulama' demi menyucikan diri (Kisah pembunuh 100 jiwa)
Pejuang mencari ulama' demi membakar semangat jihad di dalam diri (Kisah Salahuddin al-Ayyubi)
Inilah warisan Nabi untuk umat ini.
  


Di atas tu petikan daripada status FB sendiri (13 Oktober 2010), berkaitan dengan post kali ini. Lama sangat dah tak update blog, sibuk update status kat Facebook je. Mujur masih ada "peminat setia" blog ni yang masih tidak ber-Facebook, hikmahnya? blog ni terupdate juga akhirnya...

Sekadar penghebahan majlis bersama ulama' yang bakal diadakan di Malaysia dalam beberapa hari lagi. Marilah kita mengambil peluang ini untuk berkumpul bersama golongan yang dikasihi Allah (para ulama'). Sesungguhnya manusia itu akan dibangkitkan bersama siapa yang mereka kasihi semasa di dunia ini. Semoga kelak kita dibangkitkan bersama para Nabi, para Sahabat serta para kekasih-Nya, Allahumma Amin~

  
Jadual terperinci: almukminun.blogspot.com

Friday, August 27, 2010

Subhanallah! Cantiknya...

Malam 15 Ramadhan 1431 Hijri, ketika perjalanan pulang setelah selesai mengerjakan solat tarawih:

“Kau tengok bulan purnama tu, cantik kan?” soal Azzam kepada temannya, Fadhil.
“Erm…” jawabnya acuh tak acuh.
“Erm… je? At least tunjuk la respon excited sikit ke apa ke, ni setakat ‘erm’ je?” tegur Azzam tidak puas hati.
“Iyelah-iyelah, cantiiiik sangat… Subhanallah!” gurau Fadhil dengan lagak seorang ustaz.
“Haa… macam tu lah. Bukan susah sangat pun.”
 “Memang lah tak susah, cuma aku rasa dah sedia maklum ciptaan Allah tu memang cantik. Lagipun kan setiap kali malam 15 haribulan bulan Islam, memang time tu bulan mengambang penuh. Sebab tu aku tak kisah sangat, dah biasa tengok dah.”
Azzam hanya tersenyum mendengar penjelasan temannya itu.

Cerita di atas tiada kaitan dengan yang sedang hidup atau yang “masih” meninggal dunia (Kelak setiap manusia akan dihidupkan semula, betul tak?).

Gambar ihsan: DigitalMukmin (Ust. Azhar)


Cantik itu subjektif

Setiap manusia pasti punya persepsi berbeza dalam menilai kecantikan kerana sifatnya yang subjektif. Bak kata orang putih, 'beauty lies in the beholder’s eye' - Kecantikan itu terletak pada mata yang melihat. Senang faham, orang menilai kecantikan itu dari sudut yang berbeza. Kadang-kadang kita tengok cantik, tapi bagi orang tidak. Begitulah sebaliknya. Namun ada sesetengah perkara yang disepakati kecantikannya oleh setiap mata yang melihat. Contoh termudah adalah kisah Nabi Yusuf alaihis salam, seorang Nabi yang Allah zahirkan padanya kecantikan dan keindahan sebagai mukjizat. Hinggakan para wanita terhiris jari-jemari mereka lantaran terpesona melihat kecantikan dan keindahan rupa paras Nabi Yusuf alaihis salam. (Rujuk surah Yusuf, ayat 31)


Cantik bukan hanya pada luaran
 
Pernahkah berlaku apabila kita melihat seseorang yang amat cantik, lalu hati kita berdetik, “Kalaulah diriku secantik dia..." 
Walaupun perkataan tersebut nampak remeh, namun jika kita renungkan sedalam-dalamnya, ia mampu membawa kepada kekufuran terhadap nikmat Allah tanpa kita sedari. Seharusnya manusia itu hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa jua yang telah dikurniakan kepadanya. Pengetahuan manusia di sebalik hikmah setiap kejadian amatlah sedikit. Kadang kala apa yang kita lihat sebagai nikmat bagi orang lain, boleh jadi musibah bagi kita. Disebabkan itulah dalam setiap gerak perbuatan kita diajarkan doa oleh Nabi Muhammad Shollallahu alaihi wasallam supaya kita sentiasa beringat akan nikmat-Nya. Seperti doa ketika melihat cermin:

اللَّهُمَّ كَمَا أَحْسَنْتَ خَلْقِي فَأَحْسِنْ خُلُقِي

Allahumma kamaa ahsanta kholqi fa ahsin khuluqi
Ya Allah, sebagaimana Engkau telah perindahkan kejadianku maka perelokkanlah jua akhlakku

Melalui doa tersebut jelas menunjukkan pentingnya kecantikan itu dinilai bukan hanya dari segi luaran semata-mata akan tetapi melalui akhlak dan tingkah laku yang baik.


Kecantikan isteri di mata suami

Boleh dikatakan setiap orang ingin agar kelihatan cantik. Lihat saja di kaca televisyen, pelbagai produk kecantikan dipromosikan secara berleluasa di mana sasaran utamanya adalah kaum wanita. Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Jadi secara lumrah, manusia itu diciptakan Allah cenderung untuk menyukai sesuatu yang dilihat cantik pada pandangan mata. Perkara ini tidaklah bersalahan selagi mana kecantikan itu diletakkan pada tempatnya. Dan sebaik-baik tempat letak kecantikan bagi seorang wanita itu adalah pada mata suaminya. Namun apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini, wanita memperhias dirinya hanyalah ketika berada di khayalak ramai dan tidak di hadapan suaminya. Manakala kesilapan para suami pula adalah membiarkan isteri menjadi tatapan awam. Malah ada pula yang berasa bangga bila lelaki lain memuji kecantikan isterinya. Islam telah pun membataskan penampilan wanita mengikut piawai pemakaian yang telah ditetapkan oleh syarak. Ia tidaklah sekali-kali bertujuan untuk mengongkong, akan tetapi demi memelihara maruah dan kehormatan mereka sebagai wanita.


Lebih cantik daripada bulan purnama!

Apabila bercerita mengenai kecantikan makhluk yang paling istimewa yang diciptakan oleh Allah pula, iaitu kekasih-Nya Nabi Muhammad Shollallahu alaihi wasallam, para sahabat telah membandingkan kecantikan dan keindahan Baginda dengan bulan purnama. Sebagaimana yang  tercatat oleh di dalam kitab Shamail Muhammadiyyah, hadith susunan Imam at Tirmidhi:

Daripada Jabin ibn Samurah radhiallahu anhu berkata:

    “Aku melihat Rasulullah shollallahu alaihi wasallam pada suatu malam yang terdapat bulan purnama. Waktu itu Baginda memakai pakaian merah. Aku berganti-ganti memandang antara Baginda dengan bulan tersebut, ternyata Baginda lebih indah daripada bulan tersebut.

Daripada Abu Ishaq radhiallahu anhu berkata: Seorang lelaki bertanya kepada al Bara’ ibn ‘Azib radhiallahu anhu:

    “Apakah wajah Rasulullah bagaikan pedang? Al Bara’ menjawab, “Tidak, bahkan wajah Baginda bagaikan rembulan.

Gambar ihsan: islamic-information

p/s: Tiba-tiba terasa nak menulis panjang sikit kali ni. Banyak ilham datang time Ramadhan agaknya. Semoga ada manfaat yang dapat dikongsi bersama~ ツ

Sunday, August 15, 2010

Peringatan Ramadhan

video

Video ini dikongsi oleh seorang teman dalam Facebook. Lebih kurang macam entri Ramadhan tahun lepas berkenaan khutbah Rasulullah, cuma kali ni dalam bentuk video supaya jadi lebih menarik, terutamanya untuk mereka yang "rajin" nak baca artikel/tazkirah panjang-panjang (termasuk tuan blog kot? :P).


Semoga ianya dapat dijadikan sumber motivasi diri dalam mempergiat amalan kita di bulan Ramadhan yang mulia ini seterusnya lebih mendekatkan diri kita sebagai hamba kepada Rabbul 'Izzati...


Sumber rujukan:
http://majelisrasulullah.org
http://suaraalmuttaqin.blogspot.com

Friday, June 18, 2010

Sukarkah Menjawab "Aku Tidak Tahu"?


Untuk entri kali ini tergerak hati untuk berkongsi artikel menarik yang dirasakan amat penting untuk dijadikan muhasabah diri. Bagaimana mendidik ego kita supaya tidak terus mendabik dada dengan ilmu yang ada.
---------------------------------------------------------------------------------------
Disediakan oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre

Saya tertarik dengan status YM seorang sahabat di Mesir di dalam Bahasa Arab yang maknanya lebih kurang begini:

Belajarlah “aku tidak tahu”, kerana jika engkau belajar “aku tidak tahu“, mereka akan mengajar engkau sehingga engkau tahu, tetapi jika engkau belajar “aku tahu” maka mereka akan bertanya engkau sehingga engkau tidak tahu!!

Boleh faham kot..

Pulang ke Malaysia ni, saya ditanya pelbagai soalan. Ada yang bertanya begini, “Saya dengar orang kata hukum A begini….” atau ” Kakak saya kata saya wajib buat begini kerana saya lakukan kesalahan tu” dan pelbagai soalan yang senada.

Saya terfikir. Mudah betul masyarakat kita mengeluarkan hukum syara’ ya.

Dalam tazkirah di Masjid Al-Ikhlas, Selayang Baru, beberapa hari lepas, saya ada menyebut betapa ada di kalangan kita yang menjawab persoalan hukum dengan ayat “saya rasa” atau “i think”. Respons dari jemaah masjid, saya lihat mengiyakan kenyataan saya.

Amat ramai masyarakat kita yang tidak berautoriti dalam masalah hukum, mengeluarkan fatwa. Di lelaman siber lebih-lebih lagi. Alasan mereka, “Islam untuk semua”. Ya, memang Islam untuk semua. Ilmu Islam juga terbuka buat semua ummat mempelajarinya. Tetapi bezakan dengan memberikan hukum. Proses pengeluaran hukum terlalu payah dan berat.

Ulamak terdahulu ada yang menyebutkan, “Apabila aku ditanya satu persoalan, terlalu berat bagiku, bagai terpampang di hadapanku neraka dan syurga.” Hingga mereka terlalu takut untuk menjawab persoalan. Takut dicampak ke neraka. Malah kita semua dah dengar kisah Imam Malik yang menjawab beberapa persoalan sahaja dari puluhan yang ditanya. Malah akan dibentak apabila dikatakan “ini kan soalan simple je wahai Imam?”

Ulamak juga kata, perkataan “tidak tahu” itu separuh dari ilmu. Kita pula tidak. Bagai seorang yang paling tahu semua perkara. Sampai habis para ulamak dahulu pun dibantainya.

Apa beza kita dengan ulamak dahulu sehingga mereka mudah menyebut Wallahu A’lam atau “aku tidak tahu”? Tentu sekali taqwa. Mereka lebih takutkan konsekuensi menjawab itu berbanding kita yang memiliki ego mengatasi taqwa. Bulan ramadhan ini mengajar kita bertaqwa, jadi mari kita aplikasikan juga taqwa di sini.

Kalau kita sangka kita tahu, sedangkan kita sebenarnya tak tahu, inilah yang dinamakan sebagai jahil murakkab. Jahil tahap paling teruk. Jahil berganda. Pertamanya, jahil permasalahan tu. Keduanya jahilkan kelemahan diri tu sendiri. Seterusnya menyangkakan yang batil itulah haq. Kasihan bukan?

Maka itu kita kena budayakan sifat “aku tidak tahu”. Mana ada manusia yang tahu semua perkara. Walau belajar berpuluh tahun pun dengan syaikh-syaikh yang hebat, takkan tahu semua perkara. Inikan pula belajar setahun dua. Suka ponteng pula tu. ;-)

Jom kita belajar “tidak tahu”!
Sumber : http://aljoofre.iluvislam.com



(p/s) Namun kita perlu faham, ianya tidaklah seharusnya dijadikan alasan untuk kita tidak berkongsi ilmu yang ada, sebaliknya kita dituntut untuk sentiasa menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain. Cuma hendaklah kita merendah diri dengan ilmu tersebut, jadilah seperti resminya padi, semakin berisi semakin tunduk. 
Teringat sebuah kata-kata hikmah yang berkaitan dengan artikel: 
Ilmu itu bermula bila kita mengatakan kita tidak tahu, dan berakhir apabila kita mengatakan kita sudah tahu. 
Bagaimana? Fikir-fikirkan. :)

Sunday, June 13, 2010

Ngeblog & Doa Rejab



"Hello, Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam.. Thaqif ye?"
"Aah. Mak tengah buat apa?"
"Baru je balik ni, dari kondangan kat Kanchong."
"Oh..."
"Mak ingat nak online kejap lagi, nak tengok blog mak, tadi kakcik dah tunjuk sikit2 macam mana nak masukkan tulisan dalam blog. Dah cantik, ada gambar macam-macam."
"Hehe, dah advance dah mak ye? Dah pandai ngeblog."
"Mestilah, dah anaknya pun injineer komputer."
"Yelah tu, blog Thaqif sendiri pun tak terupdate2."
"Itulah, mak tengok asyik macam tuuu je. Sibuk sangat ke?"
"Hehe. Ade lah sikit."
"Mak, Thaqif telefon ni cuma nak ingatkan mak, dah nak masuk bulan Rejab ni, mak tau tak doa nya?"
"Ada doa nya ke? Kitab mak entah kat mana entah tak sempat nak tengok. Macam mana doanya?"
"Camni... Allahumma..."
"Alah, susah pulak mak nak salin ni, Thaqif letak je lah dalam blog, senang mak nak tengok. Lagipun bila orang lain baca nanti, Thaqif jugak yang dapat pahala."
"Yelah, insha-Allah nanti Thaqif masukkan..."
.....................................

Sedutan perbualan telefon dengan mak jam 6:45 petang (waktu Malaysia). Sedangkan di sini, aku sudah pun selesai solat Isyak dan makan malam. Memang agak kerap juga aku menelefon rumah di Malaysia, bukannya apa, sebagai anak hendaklah kita belajar menyelami perasaan orang tua, mudah-mudahan usaha kita untuk menghiburkan hati mereka menjadi penyebab curahan rahmat dan kasih-sayang Allah dalam kehidupan kita.


Sekali lagi blog ni terupdate, itupun setelah disuruh. Memandangkan mak pun dah belajar berblogging, silap haribulan lagi rajin mak menulis dalam blog berbanding aku. Kelakar juga bila difikirkan, mungkin nanti mak akan jadi 'blogger tegar' yang punya ramai follower. Siapa tahu. Namun, sedikit sebanyak bila mak dah mula celik IT ni dapatlah aku berkongsi link-link blog yang bermanfaat untuk bacaan mak, kerana aku memang sedia maklum dengan minat mak iaitu suka membaca. 


Dan kembali kita ke tajuk utama setelah melalut panjang :P, berkenaan bulan Rejab yang sudah pun tiba. Semoga kita tergolong dalam golongan yang senang hati dengan kedatangannya, gembira dengan dekatnya kita kepada bulan yang penuh berkah iaitu Ramadhan al-Mubarak. Maka cara untuk menzahirkan kegembiraan ini adalah dengan usaha-usaha kita mendekatkan diri kepada Maha Pencipta melalui puasa, zikir, dan berdoa. Antara doa yang diajarkan oleh Baginda Nabi Shollallahu 'alaihi wasallam ialah:

 اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبلغنا رَمَضَانَ

Allahumma Barik lanaa fi Rajabin wa Sha`bana wa ballighnaa Ramadhan

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.


Bagi yang ingin mengetahui sumber hadith tersebut boleh rujuk di link ini:
Meskipun hadith tersebut dha'if dari segi sanadnya tetapi tidaklah menjadi masalah untuk kita mengamalkannya, terutama dalam perkara-perkara Fadhaail A'maal yakni kelebihan-kelebihan amalan seperti doa, zikir dan sebagainya. 

Saturday, June 12, 2010

Video Eksklusif Kapal Mavi Marmara

Post di Facebook pada 12 Jun 2010:
Allahuakbar~ berderau rasa darah ini setelah menonton video Mavi Marmara yg t'selamat drpd dirampas Zionis. Benarlah kalam seorang ulama: Mereka di Palestina bukan ditimpa musibah, tetapi rahmat! Kerana mereka beroleh syahid, sedangkan di bumi kita sendiri yang ditimpa musibah, akibat buta dengan keseronokan dan tak ketahuan bagaimana penghujung kehidupan~


Media-media utama dunia yang menjadi agen Zionis (CNN, Google, Youtube) sibuk membela tentera mereka dengan memaparkan video-video yang kononnya menunjukkan keganasan aktivis kapal Mavi Marmara serta turut menyebarkan lagu yang memperolok-olokkan kejadian ini. Namun ternyata bangkai gajah sukar untuk ditutup, akhirnya salah satu video rakaman wartawan di atas kapal Mavi Marmara berjaya diseludup keluar dan terselamat daripada rampasan tentera rejim Zionis. Biar satu dunia sedar dan melihat kebiadaban mereka menyerang aktivis kemanusiaan di perairan antarabangsa. Di bawah ini disediakan sedutan selama 15 minit video rakaman tersebut.


Israeli Attack on the Mavi Marmara, May 31st 2010 // 15 min. from Cultures of Resistance on Vimeo.


Boleh dapatkan link video yang penuh (selama sejam) di link berikut: http://www.culturesofresistance.org/gaza-freedom-flotilla

Saturday, May 29, 2010

Blog yang Sunyi

  • Kesunyian blog daripada sebarang post baru
  • Blog dah bertahun tak update sampai bersawang
  • Isi blog adalah "cut-and-paste" daripada blog orang lain (sekadar cukup syarat je)
    Rasanya kebanyakan blogger menghadapi sindrom yang sama. Walaupun sebenarnya penulis masih tak layak digelar blogger dek kemalasan meng'update' blog yang melampau (sama ada betul-betul sibuk atau pun buat-buat sibuk). Tak macam kak Wan (http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com), "seorang blogger tegar" bak kata abang. (Jangan marah ye kak, gurau je~)

    Jadi, antara penyebab utama yang dilihat berlakunya sindrom ni adalah kemunculan Facebook. Lebih rajin update status kat situ sampai blog dianaktirikan. Mungkin disebabkan ruang menulis kat situ kecil berbanding Blogger - secara psikologinya menyebabkan penulisan lebih mudah. Tak terasa seperti nak buat karangan waktu UPSR. 

    Antara perkara yang menyebabkan post baru ini tercipta adalah kerana terbaca satu ayat sindiran dalam satu blog ni yang berbunyi begini: "Tuan blog yang tidak mengupdate blognya seakan-akan tuan rumah yang membiarkan rumahnya ditumbuhi lalang. Menggambarkan tuannya yang tidak bertanggungjawab menjaganya." 

    Ada benarnya juga kata-kata itu, tapi sebenarnya ia tidak bermaksud kita perlu untuk update blog hari-hari. Bergantung kepada 'nature' blog itu sendiri. Kalau blog yang berfungsi sebagai diari peribadi, tempat meluahkan perasaan (especially kaum hawa) memang akan di'update' hampir setiap hari. Akan tetapi bagi blog yang bersifat informatif, tak perlulah untuk di'update' setiap hari, kadang-kadang cukup sekadar 'bina dan tinggal'. Blog ini? Mungkin akan jadi 'hybrid', menggabungkan kedua-duanya. Insha-Allah akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Masih bertatih-tatih lagi nak menulis. :)

    Baru dapat idea macam mana nak bagi blog ni terus 'hidup'. Masih lagi konsep 'cut-and-paste', tapi daripada status Facebook sendiri dijadikan idea utk topik dalam blog ini, insha-Allah.

    Post di Facebook hari ini: 29 Mei 2010 sempena tarikh pembukaan kota Konstantinopel bersamaan 29 Mei 1453 oleh Sultan Muhammad al-Fateh.

Sejarah silam bukan sekadar kenangan, tetapi sebagai pemangkin kehidupan. Selusurilah kehidupan pemuda 20-an yang disabdakan Nabi sebagai "Sebaik-baik ketua, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera".



Biografi:
http://en.wikipedia.org/wiki/Mehmed_II

Pegangan Aqidah:
http://zain-stais.blogspot.com/2010/03/sultan-muhammad-al-fatih.html

Buku menarik (Kuasa Kepimpinan):
http://read1453.blogspot.com/


Friday, May 7, 2010

Kelebihan Surah al-Kahfi

Soal : Adakah kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari jum'at ? :

Jawab : Al-Qur`an adalah kitab suci umat islam yang memiliki kelebihan dari seluruh kitab-kitab yang lain sebelumnya, membaca Al-Qur`an diniliai suatu ibadah yang besar walaupun orang tersebut tidak memahaminya, diantara surah-surah yang memiliki kelebihan dan keistimewaan dalam membacanya adalah surah Al-Kahfi, demikian juga surah Al-Kahfi memiliki kelebihan dan keistimewaan jika dibaca pada hari Jum`at.


Surah Al-Kahfi adalah surah Al-Makkiyah yang memiliki seratus sepuluh ayat, begitu banyak hadits-hadits yang telah menceritakan kelebihan surah ini, sebahagian hadits yang datang dari Rasulullah SAW adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari didalam kitab Shahihnya :


قال البخاري : حدثنا عمرو بن خالد : حدثنا زهير : حدثنا أبو إسحاق،عن البراء قال : كان رجل يقرأ الكهف وإلى جانبه حصان مربوط بشطنين، فتغشته سحابة فجعلت تدنو وتدنو، وجعل فرسه ينفر، فلما أصبح أتى النبي صلى الله عليه وسلم قذكر ذلك له، فقال : تلك السكينة تنزلت بالقرآن. صحيح البخاري كتاب فضائل القرآن، باب فضل الكهف، ص : 898 ، ط : دار السلام للنشر والتوزيع، الرياض

Artinya : Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an, ( H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898 .

قال البيهقي : أخبرنا محمد بن عبد الله الحاقظ، أنبأنا أبو بكر محمد بن المؤمل، ثنا الفضل بن محمد الشعراني، ثنا نعيم بن حماد، ثنا هشيم أنبأنا أبو هاشم عن أبي مجلز، عن قيس بن عباد، عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاءله من النور ما بين الجمعتين. رواه البيهقي في السنن الكبرى في كتاب الجمعة، باب ماسؤمر به في ليلة الجمعة ويومها من كثرة الصلاة على رسول الله وقراءة سورة الكهف وغيرها ؟، مجلد 4، ص : 530 ط : دار الفكر


ِArtinya : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, Mkan Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jum`at yang dia baca kepada jum`at yang brikutnya. ( H.R Baihaqi)

قال الحاكم : عن أبي بكر بن المؤمل: حدثنا الفضل بن محمد الشعراني، حدثنا نعيم بن حماد، حدثنا هشيم،حدثنا أبو هاشم، عن أبي مجلز عن قيس بن عباد ، عن أبي سعيد، عن النبي صلى الله عليه وسلم، أنه قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاء له من النور ما بينه وبين الجمعتين، ثم قال : هذا الحديث صحيح الإسناد، ولم يخرجاه

Artinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantara dua kali jum`at. ( H.R Hakim didalam Mustadrak)

قال السيوطي في الجامع الصغير : عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف يوم الحمعة أضاءله النور ما بينه وبين البيت العتيق ( هب ) عن أبي سعيد، ورمزه بالحسن

Artinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantaranya dan Bait `Atiq.


Ini sebahagian hadits yang menceritakan tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi.
Sumber: http://allangkati.blogspot.com

Tuesday, March 16, 2010

Selamat Hari Lahir buat Mak

Di dalam kesibukan bercampur-baur dengan kemalasan, ter'update’ juga blog ni akhirnya. Aku gagahkan diri untuk menulis sesuatu sempena hari istimewa bagi memperingati kelahiran seorang insan yang amat bermakna dalam hidupku.

Sebenarnya bukan menjadi satu tradisi dalam keluarga kami menyambut 'birthday' seumpama yang disambut sesetengah keluarga lain, lengkap dengan lilin, kek, hadiah dan berbagai lagi. Kalau ada pun sekali-sekala mak akan masakkan ‘kek biasa yang sedap’ waktu kami adik-beradik ada di rumah. Sebenarnya aku sendiri pun tak begitu mengambil berat perkara seperti ini. Hatta bila tiba tarikh lahir sendiri pun tak berapa nak ambil peduli. Biaq pi la orang nak ingat ke tak. Cuma bila mana ada kawan-kawan yang teringat, ucapkan selamat, beri hadiah, tetap aku hargai - semoga Allah membalas kebaikan kalian.

Sebenarnya bagi diriku yang lebih utama bukan sekadar ‘wish’ semata-mata, tetapi nilai perhubungan itu sendiri, tak kisahlah hubungan suami isteri, kekeluargaan mahupun persahabatan. Sejauh mana kita menghargai sesuatu perhubungan bukan diukur dengan mengingati tarikh-tarikh tertentu sahaja. 

Namun tidak dinafikan kebaikan kita mengingati tarikh lahir seseorang dan mengucapkan selamat sebagai tanda ingatan kita kepadanya. Bahkan dalam Islam sendiri menganjurkan kita supaya menggembirakan hati dan perasaan saudara kita yang lain. Jadi hendaklah diniatkan segala perbuatan kita itu atas dasar dan tujuan kebaikan, moga ianya diterima dan diganjari Allah meskipun sekecil-kecil perkara.
Jadi dengan niat tersebut, tulisan berikutnya dikhususkan buat seorang insan yang paling bermakna dalam hidupku.


AMARAN: Sila teruskan membaca sekiranya anda seorang yang memang suka ambil tahu akan hal ehwal tuan punya blog. :P


Hari ini tanggal 16 haribulan Mac, tarikh lahir Mak dalam kalendar ‘orang putih’. Tapi kalau ikut kalendar Islam, sebenarnya tarikh lahir Mak 17 Rejab. Takpe la, ingat dua-dua boleh sambut dua kali kan? Disebabkan Mak dah pandai bukak blog, Thaqif tulis ni ‘special’ untuk Mak~

Bagi Thaqif, Mak adalah orang paling istimewa dalam hidup Thaqif. Sedih bila teringatkan cerita Mak yang sejak kecil sudah kehilangan ibu dan membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Alhamdulillah, alangkah beruntungnya Thaqif masih punyai seorang ibu dan dipelihara sejak kecil hingga kini layak digelar sebagai seorang insan. Gerunnya rasa hati bila menghayati sabda Rasulullah:

“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.
Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)

Jadi sempena hari lahir Mak ni, Thaqif nak ambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan perbuatan dan keterlanjuran kata-kata yang menyakitkan hati Mak sama ada sedar mahupun tidak. Maafkan Thaqif sekiranya tidak mampu menjadi seorang anak yang taat seperti yang diharapkan. Thaqif akan sentiasa doakan kesejahteraan Mak dan Ayah seperti mana yang termaktub di dalam al-Quran:



وَاخفِض لَهُما جَناحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحمَةِ وَقُل رَبِّ ارحَمهُما كَما رَبَّيانى صَغيرًا


Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." (Al-Isra': 24)


Mak bersama cucu kesayangan, Damia Iqlima 


Sekian,
Anakmu di perantauan (buat sementara, insya-Allah) (^.^)

Thaqif Ilman, 
Adelaide, Australia.



Friday, February 26, 2010

Dari Banting ke Adelaide (Part II)

Selama dua minggu pertama di Adelaide, masa banyak dihabiskan dengan proses penyesuaian diri. Maklumlah, tempat baru. Jadi banyak perkara yang perlu dipelajari. Dari urusan pendaftaran di universiti, bank, telefon hinggalah kepada proses mencari tempat tinggal. Sebenarnya urusan-urusan tersebut tidak jauh berbeza daripada Malaysia, cuma proses untuk mencari rumah sewa yang agak mencabar memandangkan situasiku yang berada di Adelaide untuk tempoh kurang dari 6 bulan. Kebanyakan rumah disewa atas kontrak 6 atau 12 bulan menerusi tuan rumah (landlord) ataupun agen. Mujur aku dapat tumpang berteduh di salah sebuah rumah pelajar-pelajar Malaysia yang baik hati. Rumah tersebut seakan-akan pusat penempatan sementara bagi pelajar-pelajar yang baru datang ke Adelaide sementara belum memperoleh rumah sewa. Sempat juga aku mengikuti program “Jom Victor Harbor!” anjuran mereka, dapatlah aku melawat tempat-tempat menarik sekitar ‘suburb’ Victor Harbor, antaranya Urimbirra Wild Life Park dan Granite Island. Pengalaman bermesra dengan Encik ‘Wallaby’ (kangaroo) dan Encik 'Coco Crunch' (koala) dan juga melihat keindahan alam ciptaan Allah tidak cukup sekiranya dikongsi hanya dengan kata-kata. Jadi, aku selitkan gambar-gambar buat tatapan pembaca. Semoga pengalaman ini dapat dikongsi bersama.

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ulil albab, yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (~Ali-Imran:190-191)





p/s: Bawah ni ada gambar tambahan untuk part I, baru try guna Cooliris, senang sikit nak buat slideshow preview.

Thursday, February 25, 2010

Kelahiran Rasulullah Rahmat Seluruh Alam




    Aku berasa pelik dengan sesetengah golongan yang beriya-iya menghalang umat daripada menyambut kedatangan hari kelahiran Rasulullah tatkala seluruh alam turut gembira menyambutnya (^.^). 'Ulama sudah lama sepakat dalam memperbolehkan perkara tersebut. Tak usah aku bicara panjang, harusnya perkara ini diserahkan kepada yang ahli. Buat pembaca semua, nilailah dengan aqal yang waras serta hati yang subur dengan cinta pada kekasih-Nya. Semoga kita diterima sebagai umat dan layak untuk berada di samping Baginda di waktu tiada siapa mampu memberikan pertolongan melainkan syafaat daripada Baginda Rasulillah shollallahu 'alaihi wasallam.

Sumber: http://jomfaham.blogspot.com
Jika ada mereka yang bertanyakan mengapa menyambut Maulidul Rasul. Maka jawapannya begini :


Monday, February 15, 2010

Dari Banting ke Adelaide (Part I)




Setelah agak lama blog ni terbiar, akhirnya aku memaksa diri untuk menulis sesuatu. Ada kelainan sikit dalam ‘post’ kali ni. Lebih banyak cerita mengenai diri sendiri untuk dikongsi bersama keluarga dan sahabat.

Masuk hari ini sudah genap seminggu aku meninggalkan tanah air. Tak pernah terlintas dalam benak fikiranku sebelum ini untuk belajar di negara orang, hatta sejak tadika hingga ke universiti, belajar di luar negeri Selangor pun belum pernah. Tetapi yakinlah, rezeki Allah itu diberi kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Menerusi program pertukaran pelajar aku diberi peluang menimba pengalaman kehidupan belajar di perantauan walaupun sekadar tempoh lima bulan. Pada mulanya agak berbelah bahagi juga perasaan hendak meninggalkan tanah air memandangkan banyak peristiwa yang menimpa keluarga dalam tempoh 2 bulan kebelakangan ini. Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan oleh-Nya.

Tanggal 9 haribulan Februari, jam 1:20 pagi, aku bersama dua orang teman berangkat menuju ke Adelaide, Australia. Kami berlepas dengan pesawat Airbus A330-300 yang dikendalikan Air Asia. Agak berbaloi kerana harga yang ditawarkan Air Asia lebih murah dua kali ganda berbanding MAS. Akan tetapi bak frasa Inggeris, "You get what you pay for." Memang diakui penerbangan kendalian Air Asia agak kurang selesa berbanding MAS. Perjalanan agak meletihkan, lebih-lebih lagi penerbangan jarak jauh yang memakan masa 7 jam 50 minit. Pengalaman pertama bagi diriku melaksanakan solat Subuh di atas udara. Tetapi aku berasa agak kesal kerana aku hanya mampu solat di atas kerusi kapal terbang, walaupun masih ada sedikit ruang untuk sujud berdekatan dengan tandas. 

Mentari pagi terbit di ufuk timur

Cukup nasi lemak sebagai pengalas perut sepanjang perjalanan

Permukaan benua Australia mulai kelihatan

Kami tiba di Melbourne jam 12:20 tengah hari (waktu tempatan). Air Asia tidak menyediakan 'direct flight' ke Adelaide. Disebabkan itu kami terpaksa 'transit' di lapangan terbang Melbourne selama hampir 7 jam sebelum menunggu penerbangan tempatan ke Adelaide. Memang itu sebahagian daripada perancangan kerana tidak mahu tergesa-gesa mengejar penerbangan seterusnya, khuatir kalau-kalau penerbangan ditunda. Aku agak terkejut bercampur rasa syukur bila mana terlihat papan tanda "Prayer Room" ketika berlegar-legar di ruang airport. Pada mulanya dalam fikiranku sukar untuk mencari tempat khusus untuk solat di Australia. Rupa-rupanya sesetengah tempat di sini ada menyediakan "Prayer Room" iaitu fasiliti yang disediakan secara umum untuk semua penganut agama bagi melaksanakan ibadah mereka. Tidak hairanlah bila melihat Quran dan Bible disusun dalam rak yang sama. Di situlah tempat kami bersolat jama' Zohor dan Asar seterusnya melepaskan lelah perjalanan. Dalam tempoh 7 jam menunggu, sempat juga bersiar-siar sekitar kawasan lapangan terbang bagi menghilangkan kebosanan.


Gambar-gambar sekitar lapangan terbang Melbourne





Perjalanan dari Melbourne ke Adelaide tidak mengambil masa yang lama. Tepat jam 9:30 malam, kami pun tiba di destinasi yang dituju. Setibanya di sana, kami dijemput oleh beberapa orang saudara seagama sebangsa, pelajar Malaysia yang sudah beberapa tahun menetap di Adelaide. Kami tumpang berteduh di kediaman mereka sementara mencari rumah untuk disewa. Semoga Allah membalas kebaikan dan jasa mereka. Antara perkara yang aku sedari, ketika berada dalam negara di mana orang Islam merupakan minoriti kita akan lebih menghargai dan memahami erti persaudaraan sesama Muslim berbanding negara yang majoritinya adalah orang Islam... (Bersambung)