Friday, May 7, 2010

Kelebihan Surah al-Kahfi

Soal : Adakah kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari jum'at ? :

Jawab : Al-Qur`an adalah kitab suci umat islam yang memiliki kelebihan dari seluruh kitab-kitab yang lain sebelumnya, membaca Al-Qur`an diniliai suatu ibadah yang besar walaupun orang tersebut tidak memahaminya, diantara surah-surah yang memiliki kelebihan dan keistimewaan dalam membacanya adalah surah Al-Kahfi, demikian juga surah Al-Kahfi memiliki kelebihan dan keistimewaan jika dibaca pada hari Jum`at.


Surah Al-Kahfi adalah surah Al-Makkiyah yang memiliki seratus sepuluh ayat, begitu banyak hadits-hadits yang telah menceritakan kelebihan surah ini, sebahagian hadits yang datang dari Rasulullah SAW adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari didalam kitab Shahihnya :


قال البخاري : حدثنا عمرو بن خالد : حدثنا زهير : حدثنا أبو إسحاق،عن البراء قال : كان رجل يقرأ الكهف وإلى جانبه حصان مربوط بشطنين، فتغشته سحابة فجعلت تدنو وتدنو، وجعل فرسه ينفر، فلما أصبح أتى النبي صلى الله عليه وسلم قذكر ذلك له، فقال : تلك السكينة تنزلت بالقرآن. صحيح البخاري كتاب فضائل القرآن، باب فضل الكهف، ص : 898 ، ط : دار السلام للنشر والتوزيع، الرياض

Artinya : Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an, ( H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898 .

قال البيهقي : أخبرنا محمد بن عبد الله الحاقظ، أنبأنا أبو بكر محمد بن المؤمل، ثنا الفضل بن محمد الشعراني، ثنا نعيم بن حماد، ثنا هشيم أنبأنا أبو هاشم عن أبي مجلز، عن قيس بن عباد، عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاءله من النور ما بين الجمعتين. رواه البيهقي في السنن الكبرى في كتاب الجمعة، باب ماسؤمر به في ليلة الجمعة ويومها من كثرة الصلاة على رسول الله وقراءة سورة الكهف وغيرها ؟، مجلد 4، ص : 530 ط : دار الفكر


ِArtinya : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, Mkan Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jum`at yang dia baca kepada jum`at yang brikutnya. ( H.R Baihaqi)

قال الحاكم : عن أبي بكر بن المؤمل: حدثنا الفضل بن محمد الشعراني، حدثنا نعيم بن حماد، حدثنا هشيم،حدثنا أبو هاشم، عن أبي مجلز عن قيس بن عباد ، عن أبي سعيد، عن النبي صلى الله عليه وسلم، أنه قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاء له من النور ما بينه وبين الجمعتين، ثم قال : هذا الحديث صحيح الإسناد، ولم يخرجاه

Artinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantara dua kali jum`at. ( H.R Hakim didalam Mustadrak)

قال السيوطي في الجامع الصغير : عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف يوم الحمعة أضاءله النور ما بينه وبين البيت العتيق ( هب ) عن أبي سعيد، ورمزه بالحسن

Artinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantaranya dan Bait `Atiq.


Ini sebahagian hadits yang menceritakan tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi.
Sumber: http://allangkati.blogspot.com

Tuesday, March 16, 2010

Selamat Hari Lahir buat Mak

Di dalam kesibukan bercampur-baur dengan kemalasan, ter'update’ juga blog ni akhirnya. Aku gagahkan diri untuk menulis sesuatu sempena hari istimewa bagi memperingati kelahiran seorang insan yang amat bermakna dalam hidupku.

Sebenarnya bukan menjadi satu tradisi dalam keluarga kami menyambut 'birthday' seumpama yang disambut sesetengah keluarga lain, lengkap dengan lilin, kek, hadiah dan berbagai lagi. Kalau ada pun sekali-sekala mak akan masakkan ‘kek biasa yang sedap’ waktu kami adik-beradik ada di rumah. Sebenarnya aku sendiri pun tak begitu mengambil berat perkara seperti ini. Hatta bila tiba tarikh lahir sendiri pun tak berapa nak ambil peduli. Biaq pi la orang nak ingat ke tak. Cuma bila mana ada kawan-kawan yang teringat, ucapkan selamat, beri hadiah, tetap aku hargai - semoga Allah membalas kebaikan kalian.

Sebenarnya bagi diriku yang lebih utama bukan sekadar ‘wish’ semata-mata, tetapi nilai perhubungan itu sendiri, tak kisahlah hubungan suami isteri, kekeluargaan mahupun persahabatan. Sejauh mana kita menghargai sesuatu perhubungan bukan diukur dengan mengingati tarikh-tarikh tertentu sahaja. 

Namun tidak dinafikan kebaikan kita mengingati tarikh lahir seseorang dan mengucapkan selamat sebagai tanda ingatan kita kepadanya. Bahkan dalam Islam sendiri menganjurkan kita supaya menggembirakan hati dan perasaan saudara kita yang lain. Jadi hendaklah diniatkan segala perbuatan kita itu atas dasar dan tujuan kebaikan, moga ianya diterima dan diganjari Allah meskipun sekecil-kecil perkara.
Jadi dengan niat tersebut, tulisan berikutnya dikhususkan buat seorang insan yang paling bermakna dalam hidupku.


AMARAN: Sila teruskan membaca sekiranya anda seorang yang memang suka ambil tahu akan hal ehwal tuan punya blog. :P


Hari ini tanggal 16 haribulan Mac, tarikh lahir Mak dalam kalendar ‘orang putih’. Tapi kalau ikut kalendar Islam, sebenarnya tarikh lahir Mak 17 Rejab. Takpe la, ingat dua-dua boleh sambut dua kali kan? Disebabkan Mak dah pandai bukak blog, Thaqif tulis ni ‘special’ untuk Mak~

Bagi Thaqif, Mak adalah orang paling istimewa dalam hidup Thaqif. Sedih bila teringatkan cerita Mak yang sejak kecil sudah kehilangan ibu dan membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Alhamdulillah, alangkah beruntungnya Thaqif masih punyai seorang ibu dan dipelihara sejak kecil hingga kini layak digelar sebagai seorang insan. Gerunnya rasa hati bila menghayati sabda Rasulullah:

“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.
Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)

Jadi sempena hari lahir Mak ni, Thaqif nak ambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan perbuatan dan keterlanjuran kata-kata yang menyakitkan hati Mak sama ada sedar mahupun tidak. Maafkan Thaqif sekiranya tidak mampu menjadi seorang anak yang taat seperti yang diharapkan. Thaqif akan sentiasa doakan kesejahteraan Mak dan Ayah seperti mana yang termaktub di dalam al-Quran:



وَاخفِض لَهُما جَناحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحمَةِ وَقُل رَبِّ ارحَمهُما كَما رَبَّيانى صَغيرًا


Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." (Al-Isra': 24)


Mak bersama cucu kesayangan, Damia Iqlima 


Sekian,
Anakmu di perantauan (buat sementara, insya-Allah) (^.^)

Thaqif Ilman, 
Adelaide, Australia.