Selama dua minggu pertama di Adelaide, masa banyak dihabiskan dengan proses penyesuaian diri. Maklumlah, tempat baru. Jadi banyak perkara yang perlu dipelajari. Dari urusan pendaftaran di universiti, bank, telefon hinggalah kepada proses mencari tempat tinggal. Sebenarnya urusan-urusan tersebut tidak jauh berbeza daripada Malaysia, cuma proses untuk mencari rumah sewa yang agak mencabar memandangkan situasiku yang berada di Adelaide untuk tempoh kurang dari 6 bulan. Kebanyakan rumah disewa atas kontrak 6 atau 12 bulan menerusi tuan rumah (landlord) ataupun agen. Mujur aku dapat tumpang berteduh di salah sebuah rumah pelajar-pelajar Malaysia yang baik hati. Rumah tersebut seakan-akan pusat penempatan sementara bagi pelajar-pelajar yang baru datang ke Adelaide sementara belum memperoleh rumah sewa. Sempat juga aku mengikuti program “Jom Victor Harbor!” anjuran mereka, dapatlah aku melawat tempat-tempat menarik sekitar ‘suburb’ Victor Harbor, antaranya Urimbirra Wild Life Park dan Granite Island. Pengalaman bermesra dengan Encik ‘Wallaby’ (kangaroo) dan Encik 'Coco Crunch' (koala) dan juga melihat keindahan alam ciptaan Allah tidak cukup sekiranya dikongsi hanya dengan kata-kata. Jadi, aku selitkan gambar-gambar buat tatapan pembaca. Semoga pengalaman ini dapat dikongsi bersama.
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ulil albab, yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (~Ali-Imran:190-191)
p/s: Bawah ni ada gambar tambahan untuk part I, baru try guna Cooliris, senang sikit nak buat slideshow preview.
Aku berasa pelik dengan sesetengah golongan yang beriya-iya menghalang umat daripada menyambut kedatangan hari kelahiran Rasulullah tatkala seluruh alam turut gembira menyambutnya (^.^). 'Ulama sudah lama sepakat dalam memperbolehkan perkara tersebut. Tak usah aku bicara panjang, harusnya perkara ini diserahkan kepada yang ahli. Buat pembaca semua, nilailah dengan aqal yang waras serta hati yang subur dengan cinta pada kekasih-Nya. Semoga kita diterima sebagai umat dan layak untuk berada di samping Baginda di waktu tiada siapa mampu memberikan pertolongan melainkan syafaat daripada Baginda Rasulillah shollallahu 'alaihi wasallam.
Sumber: http://jomfaham.blogspot.com
Jika ada mereka yang bertanyakan mengapa menyambut Maulidul Rasul. Maka jawapannya begini :