Friday, February 26, 2010

Dari Banting ke Adelaide (Part II)

Selama dua minggu pertama di Adelaide, masa banyak dihabiskan dengan proses penyesuaian diri. Maklumlah, tempat baru. Jadi banyak perkara yang perlu dipelajari. Dari urusan pendaftaran di universiti, bank, telefon hinggalah kepada proses mencari tempat tinggal. Sebenarnya urusan-urusan tersebut tidak jauh berbeza daripada Malaysia, cuma proses untuk mencari rumah sewa yang agak mencabar memandangkan situasiku yang berada di Adelaide untuk tempoh kurang dari 6 bulan. Kebanyakan rumah disewa atas kontrak 6 atau 12 bulan menerusi tuan rumah (landlord) ataupun agen. Mujur aku dapat tumpang berteduh di salah sebuah rumah pelajar-pelajar Malaysia yang baik hati. Rumah tersebut seakan-akan pusat penempatan sementara bagi pelajar-pelajar yang baru datang ke Adelaide sementara belum memperoleh rumah sewa. Sempat juga aku mengikuti program “Jom Victor Harbor!” anjuran mereka, dapatlah aku melawat tempat-tempat menarik sekitar ‘suburb’ Victor Harbor, antaranya Urimbirra Wild Life Park dan Granite Island. Pengalaman bermesra dengan Encik ‘Wallaby’ (kangaroo) dan Encik 'Coco Crunch' (koala) dan juga melihat keindahan alam ciptaan Allah tidak cukup sekiranya dikongsi hanya dengan kata-kata. Jadi, aku selitkan gambar-gambar buat tatapan pembaca. Semoga pengalaman ini dapat dikongsi bersama.

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ulil albab, yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (~Ali-Imran:190-191)





p/s: Bawah ni ada gambar tambahan untuk part I, baru try guna Cooliris, senang sikit nak buat slideshow preview.

4 comments:

  1. Bro, try guna picturetrail
    lagi lawa slideshownye, baru nmpk ge33k. hehe

    ReplyDelete
  2. @isuzu_aizu:
    salam sis. ~telok datok. so it seems like u were also having such similar journey. BTW, sijangkang is also my "kampung".

    ReplyDelete
  3. @slayerz:
    Thanks bro. Tapi 'fancy' sangat la picturetrail tu. Tak nampak 'g33k' lak. huhu.

    ReplyDelete