Sunday, June 13, 2010

Ngeblog & Doa Rejab



"Hello, Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam.. Thaqif ye?"
"Aah. Mak tengah buat apa?"
"Baru je balik ni, dari kondangan kat Kanchong."
"Oh..."
"Mak ingat nak online kejap lagi, nak tengok blog mak, tadi kakcik dah tunjuk sikit2 macam mana nak masukkan tulisan dalam blog. Dah cantik, ada gambar macam-macam."
"Hehe, dah advance dah mak ye? Dah pandai ngeblog."
"Mestilah, dah anaknya pun injineer komputer."
"Yelah tu, blog Thaqif sendiri pun tak terupdate2."
"Itulah, mak tengok asyik macam tuuu je. Sibuk sangat ke?"
"Hehe. Ade lah sikit."
"Mak, Thaqif telefon ni cuma nak ingatkan mak, dah nak masuk bulan Rejab ni, mak tau tak doa nya?"
"Ada doa nya ke? Kitab mak entah kat mana entah tak sempat nak tengok. Macam mana doanya?"
"Camni... Allahumma..."
"Alah, susah pulak mak nak salin ni, Thaqif letak je lah dalam blog, senang mak nak tengok. Lagipun bila orang lain baca nanti, Thaqif jugak yang dapat pahala."
"Yelah, insha-Allah nanti Thaqif masukkan..."
.....................................

Sedutan perbualan telefon dengan mak jam 6:45 petang (waktu Malaysia). Sedangkan di sini, aku sudah pun selesai solat Isyak dan makan malam. Memang agak kerap juga aku menelefon rumah di Malaysia, bukannya apa, sebagai anak hendaklah kita belajar menyelami perasaan orang tua, mudah-mudahan usaha kita untuk menghiburkan hati mereka menjadi penyebab curahan rahmat dan kasih-sayang Allah dalam kehidupan kita.


Sekali lagi blog ni terupdate, itupun setelah disuruh. Memandangkan mak pun dah belajar berblogging, silap haribulan lagi rajin mak menulis dalam blog berbanding aku. Kelakar juga bila difikirkan, mungkin nanti mak akan jadi 'blogger tegar' yang punya ramai follower. Siapa tahu. Namun, sedikit sebanyak bila mak dah mula celik IT ni dapatlah aku berkongsi link-link blog yang bermanfaat untuk bacaan mak, kerana aku memang sedia maklum dengan minat mak iaitu suka membaca. 


Dan kembali kita ke tajuk utama setelah melalut panjang :P, berkenaan bulan Rejab yang sudah pun tiba. Semoga kita tergolong dalam golongan yang senang hati dengan kedatangannya, gembira dengan dekatnya kita kepada bulan yang penuh berkah iaitu Ramadhan al-Mubarak. Maka cara untuk menzahirkan kegembiraan ini adalah dengan usaha-usaha kita mendekatkan diri kepada Maha Pencipta melalui puasa, zikir, dan berdoa. Antara doa yang diajarkan oleh Baginda Nabi Shollallahu 'alaihi wasallam ialah:

 اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبلغنا رَمَضَانَ

Allahumma Barik lanaa fi Rajabin wa Sha`bana wa ballighnaa Ramadhan

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.


Bagi yang ingin mengetahui sumber hadith tersebut boleh rujuk di link ini:
Meskipun hadith tersebut dha'if dari segi sanadnya tetapi tidaklah menjadi masalah untuk kita mengamalkannya, terutama dalam perkara-perkara Fadhaail A'maal yakni kelebihan-kelebihan amalan seperti doa, zikir dan sebagainya. 

No comments:

Post a Comment