Tuesday, November 3, 2009

Doa Hajat




Daripada Abdullah ibn Abi Aufa r.a. yang menyatakan bahawa Rasulullah saw menemui kami dan Baginda saw bersabda:
Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah, atau kepada seseorang manusia, berwudhu’lah dengan sempurna, kemudian solatlah dua rakaat, lalu pujilah Allah dan bersalawatlah kepada Nabi saw, kemudian bacalah doa berikut:



لآإِلهَ إِلاَّ اللهُ الْحَلِيْمُ الْكَرِيْمُ ، سُبْحَانَ اللهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ ، اَلْحَمْدُلِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ ، أَسْأَلُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ ،  وَالْعِصْمَةَ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ وَالْغَنِيْمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ، وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ ، لاَ تَدَعْ لِيْ ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ ، وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ ، وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا ، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ



“Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mulia, Maha Suci Tuhan Pemilik Arasy yang Agung, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, aku bermohon melalui perkenan rahmatMu, kebesaran keampunanMu, bersih daripada segala dosa, menerima ganjaran daripada segala kebaikan, terlepas daripada semua dosa, jangan Engkau tinggalkan padaku dosa kecuali yang Engkau ampuni, dan tidak pula kesempitan (kesedihan) kecuali telah Engkau lapangkan, dan tidak pula suatu hajat yang telah Engkau redhai, kecuali pasti Engkau laksanakan, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”.





Kemudian mohonlah apa sahaja yang baik mengenai kedudukan atau akhirat, maka dengan izin Allah akan dipenuhi.
(Diriwayatkan oleh Tirmizi, an Nasaai dan Ibnu Majah)





Kaifiyyat Solat Hajat:
Adapun tujuan kita melakukan solat hajat adalah supaya kita menyandarkan segala permohonan dan permintaan kita kepada Allah.
Sebaik-baiknya solat dilakukan selepas 12.00 tengah malam.
Bilangan rakaatnya tidak terbatas tetapi selepas dua rakaat lalu memberi salam. Bacaan surah selepas al Fatihah ialah:
  • Rakaat Pertama: Surah al Kaafiruun
  • Rakaat Kedua: Surah al Ikhlas
Sumber rujukan: Doa-Doa Harian Rasulullah saw, Ust. Ahmad Lutfi al Linggi.

2 comments:

  1. Salam Ziarah.
    Entry yang bagus dan berguna.
    Saya minta izin untuk copy n pastekan pada adik-adik saya.

    (^_^)

    ReplyDelete
  2. @Usagi:
    Silakan. Manfaatkan kebaikan dalam blog ini sekiranya ada.

    ReplyDelete