Thursday, December 17, 2009

Hitunglah dirimu sebelum kamu diperhitungkan~


قال عمر بن الخطاب رضي الله عنه: حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا، وزنوها قبل أن توزنوا، فإن أهون عليكم في الحساب غداً أن تحاسبوا أنفسكم اليوم، وتزينوا للعرض الأكبر، يومئذ تعرضون لا تخفى منكم خافية

Selamat Tahun Baru (dipetik terus daripada http://bahrusshofa.blogspot.com)

Hari ini hari terakhir tahun 1430H. Terbenam matahari nanti, masuklah kita ke dalam tahun 1431H. Bertambahlah lagi umur kita dan bertambah hampir kita kepada kematian yang pasti datangnya. ....... Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, husnul khaatimah Ya Allah. Bagaimana hal ehwal kita sepanjang tahun ini, amalan kita, warak kita, taqwa kita???? Yang berlalu kita hisab, mana yang baik diteruskan dipertingkatkan, mana yang salah diperbetulkan. Segala amalan sholeh biar diterima Allah hendaknya, mana yang buruk mendapat kemaafanNya, ya itulah harapan kita sempena tahun baru ini. Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun dipanjat dengan membawa harapan sedemikian, sungguh keberuntungan bagi sesiapa yang Allah terima doanya. Berdoalah dengan sungguh-sungguh hati, sebab Allah tidak menerima doa orang yang lalai dan main-main, maka bersungguh-sungguhlah dalam berdoa.

Imam al-Hakim meriwayatkan dalam "al-Mustadrak 'ala ash-Shohihain" dengan sanad daripada Sayyidina Abu Hurairah RA bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda:-

ادعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة
واعلموا أن الله لا يقبل دعاء من قلب غافل لاه

Berdoalah kalian kepada Allah dengan keyakinan yang ianya akan diijabahkan Allah, dan ketahuilah bahawasanya Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai dan leka (yakni tiada kesungguhan)."

Marilah kita memanjatkan doa akhir dan doa awal tahun yang diajar oleh para ulama kita. Menurut keterangan tuan-tuan guru kita, Doa Akhir Tahun dibaca sebelum terbenam matahari (sebelum waktu Maghrib), manakala Doa Awal Tahun dibaca setelah Maghrib. Mudah-mudahan dimakbulkan Allah. Insya-Allah, jika dikabulkan Allah, menangislah Iblis dan Syaithan atas kegagalan mereka menjerumuskan kita ke neraka. Qabuul Qabuul Ya Rabb.

*******************************
Doa Akhir Tahun
(3 x sebelum Maghrib)

**********************************
Doa Awal Tahun
(3 x setelah Maghrib)

***************************************

Friday, December 4, 2009

Bye Bye Arabic Keyboard!

This is a good news for those who seldomly type Arabic text but sometimes find it difficult, especially without Arabic keyboard or Arabic-character sticker pasted on your normal keyboard. Well, I do have this sticker layout on my keyboard but after sometimes I can't even tell which key is for "س" and "ي" (as the sticker worn out already!) But now I have no problem with this, as I'm using this application named "Maren 1.0" launched by Microsoft in July 2009. I've been using this for a few month and it has made my Arabic typing much easier and faster than before!

How it works?

Microsoft Maren was developed to be a Windows extension that allows you to type Arabic in Roman characters (Arabic Transliteration) and have it converted on the fly to Arabic script. Maren integrates seamlessly with Windows and works in most Windows applications and websites.

For those who are not familiar with the term, transliteration is not similar to translation. Transliteration is the process of converting the sound of the words from one alphabet to another, not based on their meaning like translation. For instance, to type a character "س", you can easily use "s" character in your usual keyboard. Therefore, I can type my name "ثقيف" as easy as I type "thaqif".

Moreover, you can do this transliteration almost anywhere, while typing in Microsoft Word, Messengers, browsers and etc as this application works in most Windows-based apps.
Actually, I'm not a big fan of Microsoft as I don't like its domination in the world of software. We still need to give our biggest respect to Yamli, the pioneers in this transliteration business, co-founded by Habib Haddad in November 2007. So far, Yamli only focuses on online Arabic transliteration searching but they have the largest database of Arabic words. Guess once they had made their enhancement in offline capability we could switch toYamli and say goodbye to Microsoft~ :P.

Download Microsoft Maren here: GetMaren.com

Friday, November 27, 2009

Ketika Kambing Disembelih



Tersenyum sendiri bila melihat gambar "Ketika Kambing Disembelih" yang diperoleh daripada seorang kenalan di Indonesia melalui laman Facebook. Nampak tenang je riak wajah kambing tu walaupun tau dirinya nak disembelih sempena Qurban nanti. Bagi siapa² yang tak perasan @ tak tau, gambar tersebut di'photoshop'kan daripada poster Ketika Cinta Bertasbih, filem adaptasi daripada novel Habiburrahman el Shirazy. Betul² kreatif orang yang edit ni. Sebenarnya bukan nak cerita panjang pasal gambar ni, akan tetapi maksud yang tersirat di sebalik gambar kambing yang tersenyum tu :).

Adapun bilamana umat Islam menyambut Hari Raya `Eidul Adha atau Hari Raya Qurban, binatang ternakan seperti lembu, kambing, biri² mahupun kibasy adalah amat sinonim dengan hari mulia tersebut. Daripada sekian banyak sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, antaranya adalah melakukan qurban iaitu menyembelih binatang ternak berupa unta, lembu atau kambing dengan syarat dan waktu yang tertentu. Bahkan hukum melakukan qurban ini adalah sunnah muakkadah bererti sunnah yang sangat ditekankan dan dianjurkan bagi setiap individu.

Sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Shohihnya daripada Anas bin Malik, beliau berkata :
“ Rasulullah saw berudhiyah (berqurban) dengan dua kambing putih dan bertanduk, Baginda menyembelih dengan tangan Baginda sendiri yang mulia, Baginda mengawali (penyembelihan itu) dengan basmalah kemudian bertakbir …”



Meskipun demikian, terdapat segelintir mereka yang tidak memahami hikmah di sebalik ibadah qurban ini yang menyifatkan perbuatan ini sebagai "kekejaman" terhadap binatang. Hakikatnya, Islam mensyariatkan sembelihan bag ibadah qurban kerana ia terbukti merupakan kaedah yang paling berperikemanusiaan dan kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar (Kajian saintifik oleh pakar veterinari dari Jerman). Tetapi dengan syarat, adab-adab sembelihan menurut syarak hendaklah dipatuhi, antaranya:-
1) Mesti menggunakan alat yang tajam untuk memudahkan sembelihan dan tidak menyakitkan haiwan yang disembelih.
2) Sembelihan berlaku pada leher binatang dan memutuskan urat halqum dan juga urat marih untuk memudahkan binatang mati sejurus disembelih.
3) Dengan menyebut nama Allah yang telah mencipta haiwan tersebut bagi manfaat manusia.
Selain itu, ada juga tambahan adab iaitu haiwan yang akan disembelih tidak melihat secara "live" kawannya yang sedang disembelih. Ini bagi mengelakkan haiwan tersebut merasa terlalu takut atau kecut perut sebelum menunggu gilirannya untuk disembelih.

Subhanallah, alangkah indahnya Islam sekiranya dihayati, hatta perasaan seekor haiwan pun diambil kira. Jadi, tidak hairanlah kalau kambing putih yang bakal disembelih pun masih mampu tersenyum :)


الله اكبر ولله الحمد
كل عام وأنتم بخير
  بمناسبة عيد الأضحى 1430 ه

Thursday, November 26, 2009

يوم عرفه


  
عن أبي قتادة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : { صوم يوم عرفة يكفر سنتين ماضية ومستقبلة ، وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية } صحيح مسلم


ولهذا يا أخواني و أخواني يجب أن نحرص على صيام هذا اليوم المبارك فالأجر عظيم
ولا كلام يقال بعد كلام رسول الله صلى الله عليه و آله وسلم

Abu Qatada reported... the Prophet [s] said, 'I seek from Allah that fasting on the day of 'Arafa may atone for the sins of the preceding and the coming years. and I seek from Allah that fasting on the day of Ashura may atone for the sins of the preceding year.'[muslim Book 6, Number 2602]

Brothers and Sisters we should all seek fasting that day and there no words can be said after the words of Prophet Mohammed peace upon him.

(Taken from Fan Page of Habib 'Ali al-Jifri on Facebook.)

Tuesday, November 3, 2009

Doa Hajat




Daripada Abdullah ibn Abi Aufa r.a. yang menyatakan bahawa Rasulullah saw menemui kami dan Baginda saw bersabda:
Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah, atau kepada seseorang manusia, berwudhu’lah dengan sempurna, kemudian solatlah dua rakaat, lalu pujilah Allah dan bersalawatlah kepada Nabi saw, kemudian bacalah doa berikut:



لآإِلهَ إِلاَّ اللهُ الْحَلِيْمُ الْكَرِيْمُ ، سُبْحَانَ اللهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ ، اَلْحَمْدُلِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ ، أَسْأَلُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ ،  وَالْعِصْمَةَ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ وَالْغَنِيْمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ، وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ ، لاَ تَدَعْ لِيْ ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ ، وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ ، وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا ، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ



“Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mulia, Maha Suci Tuhan Pemilik Arasy yang Agung, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, aku bermohon melalui perkenan rahmatMu, kebesaran keampunanMu, bersih daripada segala dosa, menerima ganjaran daripada segala kebaikan, terlepas daripada semua dosa, jangan Engkau tinggalkan padaku dosa kecuali yang Engkau ampuni, dan tidak pula kesempitan (kesedihan) kecuali telah Engkau lapangkan, dan tidak pula suatu hajat yang telah Engkau redhai, kecuali pasti Engkau laksanakan, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”.





Kemudian mohonlah apa sahaja yang baik mengenai kedudukan atau akhirat, maka dengan izin Allah akan dipenuhi.
(Diriwayatkan oleh Tirmizi, an Nasaai dan Ibnu Majah)





Kaifiyyat Solat Hajat:
Adapun tujuan kita melakukan solat hajat adalah supaya kita menyandarkan segala permohonan dan permintaan kita kepada Allah.
Sebaik-baiknya solat dilakukan selepas 12.00 tengah malam.
Bilangan rakaatnya tidak terbatas tetapi selepas dua rakaat lalu memberi salam. Bacaan surah selepas al Fatihah ialah:
  • Rakaat Pertama: Surah al Kaafiruun
  • Rakaat Kedua: Surah al Ikhlas
Sumber rujukan: Doa-Doa Harian Rasulullah saw, Ust. Ahmad Lutfi al Linggi.

Saturday, September 19, 2009

Say Eid Mubarak~



Kepada semua yang mengenali, ku pohon maaf atas kekhilafan diri,  
Janganlah dipendam di dalam hati, semoga kita sentiasa dirahmati~



الله  اكبر ولله الحمد



Wednesday, September 16, 2009

The Last Breath



Detik-detik terakhir Ramadhan semakin menghampiri.. Sebahagian orang gembira dengan pemergian Ramadhan.. sudah tidak perlu berlapar dan berdahaga sepanjang siang, sibuk dengan persiapan bagi menghadapi ketibaan Aidil Fitri. Manakala sebahagian yang lain pula menangisi pemergiannya.. bakal berakhir sudah detik-detik indah bermunajat kepada Ilahi dan segala kurniaan daripada-Nya yang tidak terhitung. 
Luangkan sejenak masa bersendirian... dengarkan bisikan hati nurani mu sama ada dalam kegembiraan ataupun kesedihan. Semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat keampunan dan maghfirah-Nya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Bersama-samalah kita manfaatkan malam-malam terakhir Ramadhan dengan sebaiknya.~

Puasa Adalah Benteng Penghalang

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : الصِّيَامُ جُنَّةٌ، فَلَا يَرْفُثْ، وَلَا يَجْهَلْ، وَإِنْ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ، أَوْ شَاتَمَهُ، فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ، مَرَّتَيْنِ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ، أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى، مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ، يَتْرُكُ طَعَامَهُ، وَشَرَابَهُ، وَشَهْوَتَهُ، مِنْ أَجْلِي، الصِّيَامُ لِي، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَال
(صحيح البخاري)

Rasulullah SAW bersabda :
“ Puasa adalah benteng penghalang, maka janganlah ia berucap dengam kalimat buruk, mencaci, dan menghina, jika ada yang mengganggunya atau mengumpatnya katakanlah aku puasa, aku puasa. Demi Allah yang diriku dalam genggaman-Nya, sunnguh aroma tidak sedap di mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada wangi misik, karena ia meninggalkan makanannya, minumannya, dan syahwatnya karena Aku (Allah SWT). Puasa adalah untuk-Ku, dan Aku yang membalasnya, dan setiap pahala dibalas 10 kali lipat darinya”. (Shahih Bukhari)

Tuesday, September 8, 2009

Warna-Warni Ramadhan~

Sebenarnya terlalu banyak untuk dikongsi sempena Ramadhan Mubarak kali ini, namun akibat himpitan masa, program-program yang mendesak, gabungan mantap exam dan assignment, termasuk 'kemalangan' yang tidak diduga menyebabkan beberapa post sebelum ini terpaksa ditangguhkan~ antaranya artikel berkenaan peristiwa pada tanggal 17 Ramadhan (Nuzul Quran dan perang Badar al-Kubra.)


Menerusi 'Warna-warni Ramadahan' ini kita dapat melihat betapa mulianya bulan Ramadhan yang merupakan rahmat kepada umat Islam di seluruh pelusuk dunia; tanpa mengenal bangsa, usia mahupun pangkat kedudukan.




Klik pada "Read more..." untuk gambar yang lebih besar dan jelas~


Nuzul Quran dan Badar al Kubra




Al-quran perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

 
Di Malaysia, apabila tiba 17 Ramadan, rata-rata umat Islam mengadakan sambutan sempena Nuzul al-Quran. Mengimbau sejarah penurunan al-Quran, mengingatkan umat Islam tentang keagungan mukjizat Nabi Muhammad SAW yang terbesar ini.
Sebenarnya Allah SWT berkuasa menurunkan al-Quran tanpa melalui perantaraan sesiapa. Tetapi Allah telah menghendaki al-Quran itu diturunkan melalui perantaraan Jibril a.s untuk disampaikan kepada insan pilihannya, Nabi Muhammad SAW kerana rahsia agung yang terdapat di sebaliknya.



Wednesday, August 26, 2009

New Song from Sami Yusuf~


Alhamdulillah~ finally Sami Yusuf has came out with his new song (after been waiting for quite a loooong time). I'm really a die-hard-fan of him. His songs always full with emotions and really touching your inner soul (T.T).

From samiyusufofficial.com:
To commemorate this holy month of Ramadhan, and as a thank you to all his fans (to me! (^.^)), he has released “You Came to Me”, from his highly anticipated new album. It is availabe as a FREE DOWNLOAD:

Download You Came To Me(English).mp3
Download You Came To Me(Arabic).mp3

I just provided links for English & Arabic version of his song. If you wish to listen to Farsi or Turkish version of his song, you can go to samiyusufofficial.com.

This is his video.. like usual, with nice quality and beautiful messages.



This song is mainly about the love towards Holy Prophet s.a.w. The eyes which always dream to be able to see him, in this world and in the hereafter. But sadly, these very eyes which commit lots of sins will never be qualified for that unless by the forgiveness and mercy from Allah.

O Allah~ Please forgive us and don't let our sins bring us away from your beloved Prophet Muhammad S.A.W. We're asking from Your Mercy to make us among of those who will be under the shade of the Prophet's Flag of Praise during the day of Resurrection...

Tuesday, August 18, 2009

Coding of Life

#include (lifestream)
using worldspace std;

void main()
{
while(1) //infinite loop
{ if(good_deeds > bad_deeds && imaan==TRUE)
enter_Jannah();
else
enter_Naar();
}
}

Monday, August 17, 2009

Khutbah Nabi S.A.W. pada hari terakhir di bulan Sya'ban



Rasulullah s.a.w berkhutbah pada hari terakhir bulan Sya'ban sebagaimana sabdanya:

"Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya telah menghampiri kalian, bulan yang agung, bulan yang diberkati dan bulan yang terdapat padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan (Lailatul Qadar). Allah menjadikan puasa pada bulan tersebut suatu kefardhuan dan solat pada malamnya suatu perkara yang disunatkan. 
Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan tersebut dengan satu jenis kebaikan, maka dia seolah-olah menunaikan satu kefardhuan pada bulan yang lain. 
Sesiapa yang menunaikan satu kefardhuan pada bulan tersebut, maka dia seolah-olah menunaikan 70 kefardhuan pada bulan yang lain.  
la merupakan bulan kesabaran dan kesabaran dibalas dengan ganjaran syurga, bulan melakukan kebaikan dan bulan bertambahnya rezeki bagi orang yang beriman.  
Sesiapa yang menjamu orang yang berbuka puasa pada bulan tersebut, akan dikurniakan keampunan, dikurniakan pembebasan dari neraka dan mendapat pahala sepertimana pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangkan sedikit pun dari balasannya." 
Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah! Tidak semua daripada kami mempunyai sesuatu untuk dihidangkan kepada orang yang berbuka puasa?" Maka Rasulullah s.a.w bersabda, 
"Allah juga mengurniakan pahala ini bagi orang yang menjamu orang yang berbuka puasa dengan sebiji tamar, atau seteguk air, atau sekali hisapan susu. Bulan ini, awalnya ialah rahmat, pertengahannya ialah maghfirah dan penghujungnya ialah pembebasan dari neraka. Maka sesiapa yang meringankan kerja pekerjanya pada bulan ini, nescaya Allah mengampunkan dosanya dan membebaskannya dari neraka. 
Hendaklah kalian memperbanyakkan pada bulan ini empat perkara: Dua perkara yang menyebabkan Tuhan kalian meredhai kalian dan dua perkara yang kalian amat perlukan.  
  • Dua perkara yang menyebabkan Tuhan kalian meredhai kalian ialah penyaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sentiasa memohon keampunanNya. 
  • Manakala dua perkara yang kalian perlukan ialah kalian memohon syurga kepada Allah dan berlindung denganNya dari neraka
Sesiapa yang mengenyangkan orang yang berpuasa, nescaya Allah memberikan kepadanya dari telagaku minuman yang tidak akan menghauskan sehinggalah dia memasuki syurga."
(Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah, al Baihaqi dan Abu al Syeikh Ibnu Hayyan)

Kelebihan Ramadhan

Diriwayatkan oleh Imam al Baihaqi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadhan, lima perkara yang tidak dikurniakan kepada seorang nabi pun sebelumku. 

  • Pertama, apabila awal malam bulan Ramadhan, Allah memandang kepada mereka. Sesiapa yang Allah memandang kepadanya, maka dia tidak akan diazab selama-tamanya.  

  • Kedua, bau mulut orang yang berpuasa, ketika petang lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi 

  • Ketiga, para malaikat mengucapkan istighfar bagi mereka pada setiap siang dan malam Ramadhan 
  • Keempat, Allah memerintahkan syurgaNya dengan firmanNya, "Bersiap sedia dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Hampir-hampirlah mereka akan berehat daripada kepenatan dunia dan berpindah ke negeri dan kemuliaanKu."

  • Kelima, apabila akhir malam Ramadhan, diampunkan bagi mereka semua." Bertanya seorang lelaki dari satu kaum, "Adakah ia Lailatul Qadar? Sabda Baginda s.a.w, "Tidak. Adakah kamu tidak pernah melihat pekerja yang melakukan suatu pekerjaan. Apabila mereka selesai daripada pekerjaan mereka, maka disempurnakan ganjaran mereka."

(Hadith riwayat al Baihaqi)